Malaysia VS Bangladesh : Penyokong harap PM tak hadir ke stadium malam ni

Malaysia VS Bangladesh : Penyokong harap PM tak hadir ke stadium malam ni. Untuk aksi Malaysia bertemu Bangladesh malam ni tentunya ramai yang berharap agar Perdana Menteri tak payah datang stadium dan layan bola dekat rumah je.

Kalau dia turun stadium, dia sebenarnya akan menyusahkan ramai pihak terutama peminat -peminat bola sepak dan penduduk sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil.

Untuk memudahkan urusan dia berjalan, tak cukup dengan pengiring, polis trafik akan tutup semua jalan, semua U-turn, semua parking dan segala yang sepatutnya boleh memudahkan orang awam.

Bila segala jalan tu ditutup, kereta pula banyak, maka jelas sekali makin sesak lah kawasan tu, dan yang paling mengecewakan sekali, kereta vvip selamber je lepas siap polis trafik alihkan kon lagi untuk bagi diorang laluan.

Untuk orang awam ni semua polis suruh jalan ke depan sikit kalau nak U-turn, tapi dia punya sikit tu kau kena jalan sampai ke Kuchai Lama baru boleh pusing balik. Bukan kaleng-kaleng dia punya menyusahkan tu.

Jadi dari menyusahkan ramai orang demi kesenangan seorang individu, baiklah dia tak payah datang dan kalau nak datang juga hadap lah jem sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published.