“Mantap Peja! Tak sangka menteri lagi pandai berlakon” – Netizen

Menteri Belia dan Sukan (KBS) iaitu Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu kembali mencuri tumpuan warganet di Twitter berikutan kemunculan beliau sebagai pelakon dalam drama Ratu Tenpin 2.

Mantap Peja!

Menerusi video yang dikongsikan oleh @pkckAm, seorang wanita diserang oleh beberapa orang penyokong lelaki ketika turun dari sebuah bas.

Lebih teruk, penyokong tersebut telah bertindak membaling telur ke arahnya. Namun begitu, tindakan tersebut dihentikan oleh seorang lelaki yang kebetulan turun dari bas itu juga. Menariknya, lelaki yang turun menyelamatkan perempuan tersebut adalah Faizal.

Menurut pengguna Twitter tersebut, sebagai seorang rakyat negeri Perak dia berbangga apabila melihat lakonan Menteri Belia dan Sukan itu. Bukan itu sahaja, tindakan ‘berani’ Faizal untuk menerima tawaran berlakon merupakan satu perkara yang wajar dipuji.

Meninjau komen rata-rata warganet, mereka mendakwa Faizal sangat meminati industri seni. Ini kerana, beliau pandai menyanyi, menari joget malah berlakon.

baca:

Tragis…Sekumpulan monyet campak bayi umur 4 bulan dari tingkat tiga sehingga maut

Wow!!! Malaysia Airlines mula guna minyak masak terpakai sebagai bahan bakar

Netizen kecam pengerusi Tahfiz buat lawak rogol, siap ber “ana anta”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *