Manusia paling ramai follower di Tiktok, Khabib Lame rupanya hafiz Al-Quran

Manusia paling ramai follower di Tiktok, Khabib Lame rupanya hafiz Al-Quran. Sekiranya anda merupakan salah seorang pengguna TikTok, kami yakin video daripada Khaby Lame, seorang lelaki yang berasal Senegal ini pernah melintasi ruang tontonan anda.

Sering kali membuat video tanpa menggunakan suara dalam mengajar cara mudah melakukan sesuatu dengan cara yang santai membuatkan konten beliau disukai ramai.

Malah, Khaby Lame yang menetap di Itali nampaknya tidak menunggu lama dalam arena TikTok untuk muncul sebagai individu dengan jumlah pengikut tertinggi pada platform berkenaan.

Di sebalik kejayaan yang diperoleh, serta turut muncul sebagai duta bagi beberapa syarikat, siapa sangka individu yang sering membuat orang terhibur ini merupakan seorang Muslim dan Hafiz Al-Quran.

Menerusi perkongsian laman The Islamic Information, beliau yang menetap di Itali sejak umur satu tahun dihantar ibu bapanya bagi mendalami agama pada usia 14 tahun di Dakar, Senegal dan seterusnya menghafal kitab suci tersebut.

Perkongsian yang dibuat tersebut sekadar memaklumkan kepada ramai kepercayaan beliau yang sekaligus menjadi ikon buat anak muda Islam seluruh dunia.

Beliau juga dilihat aktif dan tidak kekok dalam berkongsi kesengsaraan yang terpaksa dilalui rakyat Palestin berikutan kekejaman Zionis.

Mengulas mengenai populariti, beliau dilaporkan aktif menggunakan platform TikTok sejak Itali dilanda COVID-19 iaitu sekitar Mac 2020 di mana beliau telah kehilangan kerja di sebuah kilang.

Nasib menyebelahi dirinya apabila konten ringkas yang dihasilkan berjaya mendapat perhatian penonton seluruh dunia sekaligus mengumpul sebanyak 145.9 juta pengikut sehingga kini.

baca juga :

Wow!!! Malaysia Airlines mula guna minyak masak terpakai sebagai bahan bakar

Usahawan ini dedah gaji sebenar tukang cuci Masjidil Haram, tak sangka..

Netizen dedah sekolah yang jemput ‘mat rempit’ bagi talk kepada pelajar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *