Masih tak serik, sekali lagi Zul Ariffin buat hal..

Masih tak serik, sekali lagi Zul Ariffin buat hal. Baru-baru ini, aktres Ruhainies menghasilkan satu video gimik bagi mempromosikan produk kesihatan miliknya dengan menampilkan aktor Zul Ariffin sebagai pasangan dalam sebuah majlis perkahwinan.

 

Selepas seminggu berlalu, seorang pengguna aplikasi TikTok @fyzalbabjan memuat naik klip antara di sebalik tabir pembikinan video tersebut yang memaparkan aksi ‘romantis’ Zul bersama aktres berusia 30 tahun itu.

Klip berdurasi 17 saat itu kelihatan aktor filem Penunggang Agama baring di atas paha Ruhainies sambil melelapkan mata selain disaksikan oleh beberapa individu yang lain.

 

Bagaimanapun, klip meraih 1.8 juta tontonan itu menerima ribuan kritikan netizen yang kurang senang apabila melihat batas pergaulan kedua-dua pelakon sebagai seorang Muslim.

Selain itu, tidak kurang juga terdapat netizen berteka-teki sama ada mereka sudah mendirikan rumah tangga ataupun tidak kerana dilihat sangat selesa antara satu sama lain.

Antara komen yang ditinggalkan netizen.

Ada netizen yang mahukan mereka berdua segera berkahwin.

 

Tidak kurang juga netizen yang menegur

Terdahulu, Ruhainies memuji tindakan Zul yang tampil memohon maaf selepas kontroversi video babak panas dengan pelakon baru Siti Hariesa yang dilakonkan menerusi drama Perempuan itu.

Ruhainies berkata, aktor tersebut adalah profesional dan sudah pasti akan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

BACA:

Terkini! Agong dan Permaisuri positif Covid-19

Kelab Malam terbakar, puluhan mangsa maut di awal pagi Ramadan

Menjelang Ramadan, 2 chef ditangkap ‘bersama’ di ranjang

Leave a Reply

Your email address will not be published.