MCMC jelas perkembangan terkini isu gambar Najib dengan wanita tular

MCMC jelas perkembangan terkini isu gambar Najib dengan wanita tular.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran gambar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang wanita misteri dalam satu majlis seperti yang tular di media sosial.

“Laporan sudah diterima, siasatan kini sedang dijalankan,” kata MCMC.

Respons ringkas itu diberikan ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan selepas seorang individu dikatakan rakan kepada keluarga Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, membuat laporan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor pada 21 Mei lepas.

Sementara itu, ketika ditanya jumlah laporan yang diterima selain laporan berkenaan, MCMC berkata, tiada info terbaharu yang diterima pihaknya.

Pada masa sama, pihak MCMC memaklumkan tidak dapat memberikan butiran lanjut ketika ditanya jika ada individu berkaitan yang dipanggil untuk memberi keterangan.

Sebelum ini dilaporkan seorang individu yang enggan dikenali mahu siasatan dijalankan sekiranya hasil siasatan membuktikan gambar berkenaan telah diedit dan keterangan pada gambar juga tidak benar.

Malah, individu itu meminta tindakan diambil dari sudut undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan gambar beserta keterangan gambar yang tidak benar.

BACA:

Blogger Umno dakwa Najib sebenarnya kahwin dengan wanita Kg Baru

Bekas isteri kahwin dengan Najib, akhirnya Fauzi Marzuki buka mulut

Identiti wanita didakwa isteri baru Najib terbongkar, “anak kami sekolah yang sama”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *