Menjelang lawan Malaysia, warga Bangladesh pakai But Bola berjalan di KL harini

Menjelang lawan Malaysia, warga Bangladesh pakai But Bola berjalan di KL harini. Tular di media sosial ketika ini gambar-gambar warga Bangladesh di Malaysia yang dilihat memakai but bola sepak berjalan-jalan di Ibu Kota Kuala Lumpur dan dikatakan ia sebagai perang psikologi daripada mereka.

Sejak sidang media pertama, skuad kebangsaan Banglades menggesa penyokongnya yang bekerja di Malaysia untuk memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi memberi sokongan kepada kempen mereka kali ini.

Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Bangladesh, Bahrain dan Turkmenistan. Harimau Malaya akan berdepan mereka dalam perlawanan terakhir kumpulan dalam pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023.

 

Selepas mengalami kekalahan kepada Bahrain, laluan skuad negara sedikit berliku dan hanya kemenangan besar dalam aksi terakhir dapat menjamin kelegaan buat barisan kejurulatihan dan pemain negara.

Sedar akan tekanan lebih besar terhadap Malaysia berbanding mereka, Bangladesh dilihat lebih santai dengan meneruskan sesi rayuan kepada rakyat mereka yang berada di negara ini untuk berjuang bersama mereka.

Dan ketua pasukan skuad kebangsaan Bangladesh, menggesa para penyokong merekan turun ke SNBJ menyokong mereka walaupun sedar ia bukanlah sukan yang diminati rakyat mereka.

Selain itu, mereka juga telah pun tersingkir daripada persaingan merebut tiket untuk terbang ke Piala Asia.

Warga Bangladesh pakai but bola jalan

Adakah gambar-gambar yang tular itu tanda perang psikologi daripada penyokong Bangladesh telah bermula?

Sebenarnya ia adalah gambar-gambar lama yang kembali ditularkan menjelang pertembungan kedua-dua pasukan pada malam esok. Ia dilihat hanya sekadar untuk menghangatkan suasana perlawanan terakhir.

Rata-rata penyokong skuad negara tidak mengambil serius pun apa yang ditularkan kerana ia hanyalah gambar lama. Namun, ia bagus untuk mengingatkan para penyokong perlu selalu ada bersama skuad negara. Tambah-tambah di saat ini yang mana sokongan padu amatlah ditagih oleh barisan pemain Harimau Malaya.

Jangan dibiarkan kerusi-kerusi di Bukit Jalil dipenuhi warga Bangladesh. Walaupun masih diulit kekecewaan kekalahan tidak sepatutnya kepada Bahrain, para penyokong perlu terus berada di belakang pasukan. Skuad negara masih berpeluang untuk terbang ke Piala Asia dengan syarat kemenangan diraih terlebih dahulu.

Apa jua keputusan perlawanan lain, sama-sama kita nantikan, sama ada Malaysia akan melepasinya atau tidak.

BACA:

Polis didakwa tampar peniaga kerana gagal hulur ‘duit kopi’

Kerajaan benar rakyat hisap ganja dalam rumah

Hati-hati dengan scammer pakej haji, dah ramai terkena

Leave a Reply

Your email address will not be published.