RUU355 bakal dibentang di parlimen tidak lama lagi. Perkara ini dikongsikan oleh seorang pemimpin PAS di Pahang yang mendedahkan isi kuliyah dari Timbalan Menteri Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang kata barisan kabinet menteri Kabinet telah bersetuju meluluskan RUU355.
Menurut tulisanya di facebook, “Alhamdulillah Kuliah Subuh di Masjid Lama pagi ni disampaikan oleh YBM Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Antara yang disebut di dalam kuliahnya ialah; Menteri Kabinet telah bersetuju meluluskan RUU355 dan insyaallah akan dibentangkan di Parlimen.
“Jika majoriti ahli Parlimen sokong, maka perjuangan PAS untuk memperkasakan Mahkamah Syariah tercapai insyaallah” Tulisnya di facebook.
Tahun lepas, menteri Agama dakwa Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 dan RUU Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin Atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) akan dibentangkan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri, sebaik ia dimuktamadkan.
Jelas beliau, sepanjang 2020 dan 2021, jawatankuasa teknikal telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan kedua-dua RUU tersebut.
“Kedua-dua RUU ini tidak pun melibatkan orang bukan Islam, ia hanya melibatkan untuk orang Islam sahaja.
“Sebenarnya RUU ini adalah Sekatan Pengembangan Doktrin Atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam sahaja. RUU ini bukan bertujuan menyekat kebebasan beragama dari kalangan orang bukan Islam.
“Orang-orang bukan Islam bebas nak menyebarkan agama mereka dalam kalangan mereka, tidak dalam kalangan orang Islam,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat tahun lepas.
PAS gesa ahli buat solat hajat minta ‘dibukakan hati’ malam ini
Bekas Presiden MIC, Samy Vellu meninggal dunia