Mesej ajak ‘main’, Baby Shima dedah muka pelaku sebenar

Mesej ajak ‘main’, Baby Shima dedah muka pelaku sebenar. Penyanyi sensasi, Baby Shima terus menerus dihujani dengan kiriman mesej yang berbaur lucah dan dihimpit dengan gangguan seksual di laman Instagram.

Baru-baru ini, penyanyi berusia 30 tahun ini ada Shima berkongsi tangkap layar mesej yang diterima daripada seorang individu yang megucapkan kata-kata bernafsu terhadap dirinya.

Bukan itu sahaja, individu berkenaan yang dipercayai merupakan pelajar sekolah itu juga menyatakan hasratnya yang mahu meniduri dan melakukan aksi ‘terlarang’ bersama penyanyi tersebut.

Dalam perkongsikan itu, Baby Shima sempat menyelit sekali foto dan nama akaun Instagram milik individu tersebut. Berikutan daripada itu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berharap orang ramai dapat membantunya ‘menguruskan’ lelaki berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai respon.

Ada yang berkata individu berkenaan mencerminkan keperibadian seorang lelaki yang buruk selain menjatuhkan imej dan martabat seorang lelaki.

Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan netizen mendakwa tindakan individu berkenaan yang dipercayai berasal dari negeri Johor itu secara tidak langsung telah memalukan nama negeri tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.