META dakwa PDRM “dalang” akaun palsu FB puji kerajaan, kutuk pembangkang

Pelajar perempuan terkejut seluar kena tarik masa tidur di sekolah asrama penuh di Kedah, lelaki ceroboh masuk

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikaitkan dengan halaman troll yang mempromosikan kerajaan dan mengkritik pembangkang.

Memetik dari TheVocket, menurut syarikat teknologi Meta dalam Quarterly Adversarial Threat Report, hampir 1,000 akaun Facebook dan Instagram serta kumpulan dan halaman Facebook telah dialih keluar kerana melanggar polisi platform terhadap ‘tingkah laku tidak sahih yang diselaraskan’ (CIB), lapor The Vibes.

Meta mendefinasikan ketidakpatuhan kepada polisi platform adalah dengan menggunakan akaun palsu dengan niat untuk memanipulasi masyarakat awam dengan tujuan tertentu.

Di Malaysia, laporan itu berkata 596 akaun Facebook, 180 halaman, 11 kumpulan dan 72 akaun Instagram telah dialih keluar kerana melanggar polisi serta menyasarkan penduduk domestik negara ini.

Laporan itu menambah bahawa rangkaian itu aktif merentasi Internet, termasuk Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram, dan menyiarkan meme dalam bahasa Melayu untuk menyokong kerajaan dan memuat naik dakwaan rasuah dalam kalangan pengkritiknya.

Laporan itu juga mendapati kira-kira AS$6,000 (RM26,739) dibelanjakan untuk pengiklanan di Facebook dan Instagram.

“Di Facebook, rangkaian ini menguruskan halaman, termasuk yang menyamar sebagai entiti berita bebas, dan mempromosikan polis sambil mengkritik pembangkang.

Biasanya, aktiviti mereka banyak pada hari bekerja, masa berehat untuk makan tengah hari. Akaun palsu mereka agak kurang dibangunkan dan sebahagian daripada mereka menggunakan gambar profil yang dicuri.

Sebahagian daripadanya dikesan dan dilumpuhkan oleh sistem automatik kami,” tambah syarikat itu seperti yang dilaporkan oleh The Star.

Leave a Reply

Your email address will not be published.