MIC akan bertanding Parlimen Batu pada PRU15, tegas Presidennya, SA Vigneswaran.
Perkembangan ini bercanggah dengan kenyataan Presiden MCA, Wee Ka Siong, yang berkata ada persetujuan bahawa partinya akan bertanding di Batu selepas MCA menyerahkan Padang Serai kepada MIC.
Vigneswaran pada sidang media berkata, Barisan Nasional memberikan 10 kerusi, iaitu Sungai Siput, Tapah, Hulu Selangor, Teluk Intan, Kuala Langat, Port Dickson, Batu, Padang Serai, Segamat, dan Kota Raja.
“Kami akan bertanding di Batu. Muktamad. Tak boleh tukar-tukar,” katanya.
Semalam, parti komponen BN, MIC dilaporkan mungkin menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).
Menurut laporan sebuah portal berita, pucuk pimpinan parti itu telah memanggil mesyuarat tergempar Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) pada Rabu untuk membincangkan kemungkinan tidak bertanding dalam PRU15 itu.
Rafizi nak tukar calon PH di Sg Buloh selepas BN calonkan KJ
Ini punca sebenar Ustaz Kazim Elias tarik diri bertanding PRU15