MT UMNO sokong Zahid jadi TPM, bukan Tok Mat

jadi TPM, bukan Tok Mat

MT UMNO sokong Zahid jadi TPM, bukan Tok Mat. Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi layak diangkat sebagai timbalan perdana menteri berdasarkan kedudukannya dalam hierarki parti, kata Ahli Majlis Kerja Tertingginya, Razlan Rafii.

Beliau berkata, keputusan mengenai pelantikan jawatan TPM itu perlu dibuat dengan ‘kembali’ kepada hierarki dan keputusan parti.

“Kita serah kepada parti, jika ikut hierarki parti, presiden akan jadi TPM. Semua pihak harus tenang dan kembali kepada hierarki dan keputusan parti,” lapor Berita Harian.

Mengulas berhubung kes mahkamah dihadapi Zahid, Rafii berkata, semua pihak harus adil dalam membuat penilaian.

“Jika nak kata presiden ada kes mahkamah, berbalik kepada apa yang dikatakan perdana menteri bahawa ia tidak diambil kira jika belum disabitkan kesalahan.

“Maksudnya, PH akan berbincang dengan parti komponen. Perdana menteri pastinya tahu ada beberapa pemimpin yang ‘diciptakan’ kesnya untuk pembunuhan karakter,” katanya.

Sebelum ini, nama Timbalan Presiden Umno Hasan disebut-sebut sebagai pemimpin paling sesuai menjadi TPM dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Antara yang menyebut Mohamad yang lebih dikenali ‘Tok Mat’ paling sesuai menjawat kedudukan itu ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Turut berpandangan sama ialah Exco Pemuda Umno Muhamad Muqharabbin Moktarrudin yang menyifatkan Ahli Parlimen Rembau itu layak atas kredibilitinya, apatah lagi pemimpin berkenaan diterima baik rakyat dan parti.

Pada masa sama, Razlan berkata, pihaknya yakin Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) akan berbincang dan merujuk kepada pimpinan parti komponen dalam kerajaan perpaduan bagi tujuan berkenaan.

Terkini: Pemimpin Umno dan PAS bertemu lagi, akan runtuhkan kerajaan Anwar?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *