Muda mengambil keputusan untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Katanya, Muda juga terbuka untuk mengadakan perbincangan rasmi bersama Majlis Presiden PH berhubung perkara itu.
“Muda ingin memaklumkan bahawa perbincangan awal penyertaan Muda bersama PH telah berlangsung.
“Muda bersedia untuk bekerjasama bersama rakan yang berkongsi prinsip perjuangan yang sama, mengangkat kepimpinan berbilang bangsa dan agama serta mengangkat politik dasar dan khidmat untuk rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Syed Saddiq berkata, Muda juga mensasarkan bertanding kawasan Parlimen tidak lebih 15 kerusi.
“Tawaran Muda untuk PRU15 adalah menampilkan calon berwibawa, mengangkat kepimpinan wanita dan orang muda serta membawa idea progresif untuk rakyat Malaysia.” katanya.
Semalam, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim berkata, Majlis Presiden gabungan itu belum berbincang mengenai penyertaan Muda.
baca:
Bomoh Russia akui tak mampu nak sihir orang islam yang jaga solat
Anak guam saya tak kerja, mana nak cari duit RM1 Billion bayar denda? Soal peguam Rosmah