Muka anak dara Awie tarik perhatian orang ramai, ‘hot gilerr’!

Muka anak dara Awie tarik perhatian orang ramai, ‘hot gilerr’!

Jika kita mengikuti perkembangan video di TikTok, pasti ada sahaja trend terbaru yang dibuat dan menjadi sorotan ramai.

Kali ini, trend menunjukan gambar sewaktu kecil bersama bapa dan gambar terkini telah menjadi fenomena pula sehingga ramai yang berkongsi foto-foto mereka dengan perubahan yang agak ketara.

Anak vokalis terkenal!

Namun begitu, perkongsian seorang gadis menggunakan nama akaun TikTok @.aleeyantasha telah menarik perhatian ramai apabila kehadiran seseorang yang sangat dikenali ramai dalam foto sewaktu dia masih kecil.

@.aleeyantashastill & always daddy’s girl 😗❣️♬ suara asli – 🪐 – 🐙

 

Mana tidaknya, @.aleeyantasha  atau nama sebenarnya Puteri Aleeya Antasha Ahmad Azhar merupakan anak kepada vokalis band rock ternama Tanah Air, Wings, iaitu Awie.

Anak dengan bekas isteri pertama

Perkongsian tersebut membuatkan warganet agak terkejut kerana penyanyi rock terbabit sudah pun mempunyai anak gadis yang cukup cantik.

Difahamkan, Puteri Aleeya Antasha merupakan anak pelakon filem Sembilu itu dengan bekas isteri pertamanya, Arni Nazira.

Sambut hari jadi yang ke-21

Baru-baru ini juga, Awie dan keluarga telah menyambut ulang tahun kelahiran anak gadisnya yang ke-21 bersama-sama seperti yang dikongsikan Aleeya di TikTok.

@.aleeyantasha draft — #tb ♬ Good bye – Piano Arrangement – Shin Giwon Piano

Nak lepak satu table pun takut

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh Aleeya, kebanyakkan netizen lelaki telah berseloroh dengan mencuba nasib menjadi ‘calon menantu’ kepada rocker tersebut.

Ada juga yang sempat bergurau mengatakan mahu mengurat gadis cantik itu namun membatalkan hasratnya kerana ‘gerun’ selepas mengetahui bapanya adalah Awie Wings.

Ada nak jadi menantu pulak

Ni tak memain geng!

Nak mengorat sekali bapak dia Awie!

Lama dah mengidam jadi menantu Awie

Sebiji muka mak dia

BACA :

Lelaki ini dedah bagaimana modus operandi Air Asia ‘tipu’ pelanggan, siap bagi bukti

Kecoh video anak Dr Ridhuan Tee bercium, rupanya kekasih seorang pondan..

Wajah sebiji macam arwah Siti Sarah, bergenang air mata Raisuddin tengok

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *