Muka suami dia “terlalu perempuan” buat netizen keliru, isteri siap buat video lagi tunjuk bukti

Muka suami dia "terlalu perempuan" buat netizen keliru, isteri siap ada video lagi tunjuk bukti

Muka suami dia “terlalu perempuan” buat netizen keliru, isteri siap ada video lagi tunjuk bukti.

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang kisah seorang wanita yang menjadi tumpuan ramai apabila wajah feminin suaminya menjadi bualan ramai. Semuanya bermula apabila dia berkongsikan video bersama-sama suaminya itu di mana video itu kemudiannya tular dan meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan wanita itu di dalam kereta dan dalam masa yang sama suaminya dilihat sedang memandu kereta. Namun apa yang mencuri tumpuan ramai ialah wajah feminin lelaki itu yang disangkakan adalah seorang perempuan pada awalnya.

Difahamkan, pasangan itu baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa bulan yang lepas dan wanita itu tidak menyangka perkongsiannya itu akan menjadi bualan ramai. Malah kebanyakan netizen turut mempersoalkan jantina suaminya di ruangan komen selepas melihat wajah femininnya itu.

@bebecat0

tak faham nape suami lagi comel dr aku

♬ original sound – seren ✵ / mystiques_gf

Wanita itu kemudiannya memuat naik video penjelasan di mana dia menegaskan suaminya itu adalah seorang lelaki dan bukannya perempuan seperti yang didakwa ramai. Menerusi satu temu bual baru-baru ini, lelaki yang dikenali sebagai Luqman itu mengakui sudah terbiasa dengan soalan seperti itu dan tidak berasa tertekan dengan pertanyaan yang diberikan.

@bebecat0 Replying to @pia🌙 ♬ original sound – 🌻

Namun dia tidak menyangka perkara ini akan menjadi bualan ramai sehinggakan kisah mereka tular dikongsikan di media sosial. Meninjau di ruangan komen, netizen turut meminta orang ramai untuk tidak membuatkan tuduhan yang tidak berasas dan menghormati pasangan ini yang baru sahaja berumah tangga.

Waspada semua, bandar-bandar dekat dengan pantai semakin tenggelam

Tular video DDNK naik kapal layar mewah dengan isteri baru, natizen kata makin manja

Leave a Reply

Your email address will not be published.