Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional meninggal dunia

AMANAH kehilangan seorang lagi pemimpin muda apabila Naib Ketua Pemudanya, Muhamad Fadzil Ahmad, 38 tahun, telah meninggal dunia pada pukul 1.15 pagi di Hospital Klang malam tadi.

Beliau dipercayai mengalami komplikasi jantung sehingga membawa maut walaupun beliau dilihat sentiasa sihat dan cergas sebelum ini, kata Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Hasbie Muda.

Selain Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Fadzil adalah Penolong Setiausaha AMANAH Cawangan Kerinchi, Kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Pemuda AMANAH kehilangan ketuanya, Mohd Shazni Munir yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Tak habis sekolah pun lagi, gadis ni dah mampu beli Honda Civic secara tunai, ini kerja dia buat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *