Najib buat hantaran terbarunya di FB walaupun di penjara

Najib dikejar ke HKL selepas Anwar diangkat jadi PM

Najib buat hantaran terbarunya di FB walaupun di penjara. Beliau sebentar tadi buat hantaran di facebooknya. “Buat masa ini saya dalam keadaan sihat, baik, tenang. Alhamdulillah.”
Berikut merupakan tulisan penuh :-

Assalamualaikum. Salam kepada semua.

Gina beritahu saya ramai yang bertanya khabar dan keadaan saya.

Buat masa ini saya dalam keadaan sihat, baik, tenang. Alhamdulillah.

Saya berpeluang berjumpa peguam dan keluarga saya mengikut masa yang dibenarkan.

Bertanya juga mengenai perkembangan isu-isu semasa sambil berbincang mengenai urusan mahkamah.

Saya juga banyak menggunakan masa saya untuk catit pendapat saya dan serahkan kepada peguam atau keluarga saya untuk dikongsi dengan semua.

Mungkin akan ada kelewatan sedikit tetapi apa dayanya. Inilah sahaja yang saya dapat buat.

baca:

Yusuf Azmi kata mahkamah perlu beri lebih masa kepada Najib, harap bukan ‘hukuman politik’

‘Pertuduhan terhadap saya ekoran ugutan Tun M’ – Zahid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *