Najib dibenar hadir ke dewan rakyat untuk bersidang, kata Speaker

Najib dikejar ke HKL selepas Anwar diangkat jadi PM

Ahli Parlimen Pekan Najib Razak boleh menghadiri persidangan Dewan Rakyat, bagaimanapun ia tertakluk kepada kebenaran pihak penjara, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata, kelayakan Najib sebagai Ahli Parlimen hanya akan ditarik balik selepas permohonan pengampunan terhadapnya ditolak.

“Ia bukan di bawah bidang kuasa saya, Jabatan Penjara ada kuasa terhadapnya beliau maka terpulang kepada pihak penjara untuk melepaskan beliau daripada penjagaan tersebut,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) dan Khalid Samad (PH-Shah Alam) mengenai status bekas perdana menteri itu.

Azhar menambah, setiap Ahli Parlimen berhak datang ke sidang Parlimen tanpa memerlukan kebenarannya.

Beliau pada bulan lalu memaklumkan status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan, kekal buat masa ini.

Beliau berkata ia berikutan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, sudah memfailkan petisyen pengampunan.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 serta dia tidak mendapat pengampunan bebas.

Namun, Perkara 48(4)(c) pula memperuntukkan jika petisyen pengampunan difailkan Ahli Parlimen berkenaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh rayuan diputuskan, kehilangan kelayakan Ahli Parlimen itu hanya akan berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen pengampunan dibereskan.

Tajuddin mengamuk, ‘Kalau nak gantung, gantung lah sampai mati!

Lelaki dari Pulau Pinang menang ‘jackpot’ RM70 Juta, terbesar dalam sejarah Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *