Najib dikejar ke Hospital KL selepas Anwar diangkat jadi PM

Najib dikejar ke HKL selepas Anwar diangkat jadi PM

Bekas perdana menteri Najib Razak dilaporkan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari Penjara Kajang, MalaysiaNow difahamkan daripada sumber yang boleh dipercayai.

Ini berlaku seminggu selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di mana ia diakhiri dengan pemeteraian perjanjian antara Umno dan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan.

Difahamkan, bekas perdana menteri itu yang mula menjalani hukuman penjara lebih tiga bulan lalu selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan berhubung kes SRC International, dibawa keluar oleh pihak penjara hari ini.

Jabatan Penjara serta HKL masih belum memberi sebarang maklum balas kepada MalaysiaNow ketika dihubungi.

Sejak dipenjarakan, Najib melakukan perjalanan keluar masuk penjara untuk mendapatkan rawatan di HKL dan Hospital Rehabilitasi Cheras.

Beliau kembali ke penjara pada 23 September selepas doktor memutuskan keadaan kesihatannya baik. – MN

Terkejut tahu hobi baru Sultan Johor, bukan kaleng-kaleng ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *