Nama Khairuddin tiada dalam ‘list’ calon BN Kuala Nerus

Nama Khairuddin tiada dalam 'list' calon BN Kuala Nerus

Nama Khairuddin tiada dalam ‘list’ calon BN Kuala Nerus. Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Nerus.

Sebaliknya, dua nama yang disenaraikan oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Nerus adalah Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Dr Apli Yusoff dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman.

Jurucakap UMNO Bahagian Kuala Nerus berkata, sebagai ahli baharu UMNO, sudah tentunya tidak adil jika Mohd Khairuddin dicalonkan mewakili BN untuk bertanding di kerusi yang disandangnya.

Katanya, jika Mohd Khairuddin tersenarai sebagai calon, jentera pilihan raya parti akan menjalankan tugas dalam keadaan malap untuk berkempen.

“Kita di peringkat bahagian menyerahkan keputusan mengenai calon mewakili BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Nerus kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Top-5.

“Setakat ini hanya Apli yang juga Ketua UMNO bahagian dan Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir tersenarai sebagai calon untuk bertanding di Parlimen Kuala Nerus,” katanya.

Pada pertandingan tiga penjuru PRU14, Mohd Khairuddin yang bertanding atas tiket PAS memenangi kerusi dengan majoriti 8,447 undi selepas memperolehi undi 37,975 menewaskan calon BN, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang memperolehi 29,527 undi dan calon PKR, Abdullah Muhamad yang hanya memperolehi 4,604 undi.

Mengulas desas desus Mohd Khairuddin tersenarai sebagai calon BN, jurucakap itu mengakui pembabitan penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus dalam beberapa program dianjurkan UMNO dan menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dianjurkan UMNO menjadi punca namanya dikaitkan.

Katanya, Mohd Khairuddin hanya bertanggungjawab membantu BN memenangi kerusi termasuk diundang sebagai penceramah.

“Mohd Khairuddin turut diundang membantu kempen di Parlimen Jerai, Kedah bersama Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom,” katanya.

Jurucakap itu menambah, Mohd Khairuddin juga turut diundang untuk menyampaikan ceramah bagi membantu calon BN di beberapa negeri.

“Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu bersetuju untuk ke setiap pelusuk tanah air membantu calon BN,” katanya.

UMNO Tenggara berkumpul desak namakan Adham Baba atau malapetaka besar melanda

Parlimen Ketereh: Annuar Musa beri bayangan akan tanding tiket PN

Parlimen Ketereh: Ketua Puteri Umno ganti Annuar Musa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *