Neelofa mengamuk, “Tak cukup lagi ke tengok saya dikecam selama ni?”

Neelofa mengamuk, "Tak cukup lagi ke tengok saya dikecam selama ni?"

Neelofa mengamuk, “Tak cukup lagi ke tengok saya dikecam selama ni?”. Gara-gara ‘headline’ sebuah portal, usahawan terkenal, Neelofa, tampil memberi teguran menerusi hantaran di Instagram Stories, kelmarin.

Neelofa, 33, memohon kepada segelintir pihak agar tidak lagi sengaja mencetuskan kontroversi yang melibatkan dirinya dan keluarga.

“Dah dah la nak trigger orang untuk dikeji, maki saya sekeluarga. Tak cukup lagi ke selama ini tengok saya dikecam?”

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor dilihat membalas di ruangan komen portal tersebut dengan mempersoalkan tindakan penulis menggunakan ‘headline’ yang didakwa mengundang kecaman.

Artikel tentang ‘Manisnya berumah tangga’ itu ditulis oleh wartawan Harian Metro lalu disumberkan oleh portal tersebut.


Janganlah trigger untuk dikecam. Bila orang share benda baik, tapi tetap juga nak cari jalan supaya dikeji, dicaci maki.

Metro dan Utusan boleh je baut tajuk baik-baik, sebab artikel pun ceritanya baik sahaja. Jadi kenapa yang lain tak boleh ikut sama?

Dah tukar

Hasil pemerhatian OhBulan!, portal yang diperkatakan itu akur dan memilih untuk menukar pada tajuk yang lebih bersesuaian.

‘Haris banyak mengajar saya menjadi seorang yang lebih bersyukur’ – Neelofa kongsi kemanisan berumah tangga.

Terdahulu, Neelofa sering terpalit dengan kontroversi termasuklah ada pihak yang dilihat cuba melaga-lagakan dirinya dengan selebriti lain.

Selain itu, ada juga yang mengecam kerana tidak berpuas hati dengan pendirian isteri kepada Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz yang tidak mahu menunjukkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal.

Sanusi tak puas hati kalah dengan JDT malam tadi, buat hantaran perli

“Pilihanraya makin hampir”, tular video ahli parlimen cuci tandas, guna tangan pulak tu

Pemuda menang jackpot RM70 Juta, terbesar dalam sejarah Malaysia, modal RM50 sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *