Negara ini umum temui emas RM52.8 Trillion

Kerajaan Uganda mengumumkan mereka menemui satu simpanan emas bernilai RM52.8 trillion dengan berat 31 juta tan metrik yang siap untuk dilombong, lapor Mining Review Africa.

Jurucakap Kementerian Tenaga dan Pembangunan Mineral, Soloman Muyita berkata, pengumuman terbuka itu dibuat adalah untuk menarik pelombong emas dan pelabur dalam sektor kripto.

“Emas yang ditemui itu boleh mula dilombong dengan serta merta,” katanya, merujuk Mining Review Africa.

Dalam pada itu, difahamkan usaha perlombongan emas itu dipercayai mampu meningkatkan ekonomi negara tersebut.

Tambahan pula, Kerajaan Uganda sebelum ini pernah melesenkan sebuah syarikat perlombongan emas dari China, Wagagai yang mula melombong emas di daerah Busia pada 2016 lalu.

Difahamkan, aktiviti melombong emas di Uganda juga dipercayai boleh memastikan peluang pekerjaan tersedia dan meningkatkan perkhidmatan sosial kepada penduduk di tempat berkenaan.

Sehubungan itu, Presiden Uganda, Yoweri Museveni meminta penambahbaikan penjagaan komoditi tempatan itu serta menganggap mana-mana kilang luar (dipercayai penceroboh) sebagai penjenayah.

“Ia adalah satu jenayah bagi sesiapa yang mempertikaikan dan terus-berterusan mengeksport sumber bahan galian (emas) di Afrika apabila terdapat lebih 90 peratus nilai sumber itu diseludup kepada orang luar,” katanya.

Walaupun lokasi emas itu sudah ditemui, namun menurut Pakar Pembangunan Mineral, Winnie Ngabirwe, kesukaran melombong adalah tinggi dan ia memberi kesan kepada jumlah pengeluaran emas sebenar.

“Jika ini adalah jumlah (tan metrik emas) yang kita perolehi, sudah tiba masanya untuk kita ‘kemas rumah’, pergi berniaga, bangunkan negara kita daripada status berpendapatan rendah kepada berpendapatan sederhana dan seterusnya,” katanya, memetik Mining Review Africa.

Sementara itu, Pengurus Besar Wagagai, Tan Chun Chi berkata bahawa pelaburan emas itu telah mencecah lebih RM 264.4 juta.

Dia juga menjelaskan bahawa sebelum ini, syarikat mereka ketinggalan dalam sektor itu disebabkan kekurangan dua lesen.

Namun, baru-baru ini, syarikat itu telah memperolehi lesen pengeluaran emas pada Mac tahun ini dengan pajakan selama 21 tahun untuk melombong emas dalam negara itu.

Mereka juga dalam usaha mempercepatkan aktiviti perlombongan bagi pengeluaran emas menjelang Julai 2023. Tambahan pula, syarikat itu telah melabur sebanyak RM881.6 juta untuk fasiliti perlombongan emas.

Terdahulu, syarikat itu telah memulakan pembinaan kilang dan menjalankan penapisan emas yang dianggarkan bernilai RM881.6 juta secara peringkat di daerah berkenaan pada tahun 2016.

Untuk rekod seperti yang dilapor Mining Review Africa, sekitar 2,500 hingga 3,000 tan metrik emas dilombong Wagagai setiap tahun di Uganda.

Baca Juga:
Cara buat minyak masak sendiri guna biji kelapa sawit, jimat banyak!

Video pegawai kerajaan buat-buat pengsan bila ditanya isu wang hilang jadi bahan ketawa

Lelaki kelar isteri, bayi sebelum melarikan diri naik motorsikal dalam keadaan bogel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *