Netizen kata baju Eyka Farhana macam alas meja

Netizen kata baju Eyka Farhana macam alas meja

Netizen kata baju Eyka Farhana macam alas meja. Baru-baru ini, perkongsian pelakon Eyka Farhana menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video mempromosikan produk pengering rambut dari jenama terkenal.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah dress pendek yang digayakan oleh pelakon itu apabila ada yang menyamakan dengan alas meja kerana coraknya.

Dapat dilihat Eyka memakai inner berwarna kulit di bahagian dalam namun ada segelintir netizen silap pandang sehingga ada yang mengatakan sakit mata melihat video tersebut.

Sejak kebelakangan ini nama pelakon itu menjadi bualan ramai apabila tampil seksi sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Bagaimanapun, Eyka berkata dia lebih selesa berdiam diri daripada membalas kritikan netizen berkenaan isu pemakaiannya yang dikatakan terdedah.

Peniaga wajib pakai pelitup muka bermula 2023

Dah 3 bulan tinggalkan rumah, nak pengsan jumpa rambut uban panjang, habuk satu pun tak ada

Wanita nekad jadi mayat, nak lari dari hutang punya pasal, sekali ini yang jadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *