Netizen pelik tengok status IG TMJ dan Safawi – “apa dah jadi?”

Netizen pelik tengok status IG TMJ dan Safawi – “apa dah jadi?”. KAPTEN Harimau Malaya, Safawi Rasid diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu Ratchaburi FC yang beraksi dalam saingan Liga 1 Thai, pada Selasa.

Bintang Johor Darul Takzim (JDT) itu melengkapkan perpindahan secara pinjaman bersama kelab The Dragons pada jendela perpindahan kedua Liga Thailand musim 2022/23.

Di Instagram (IG), Safawi memuat naik semula pengumuman perpindahannya ke kelab tersebut, namun ada satu entri menarik perhatian netizen.

Entri terbaharu di IG Story tu ialah gambar casing earpod dengan mesej berbunyi, “What you listen to and who you listen to is what you become.”

Mesej ‘deep’ daripada Safawi kemudian mengundang tanda tanya dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air.


Safawi diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Ratchaburi pada Selasa.

Ramai beranggapan kini pemain itu lebih lantang dalam mengutarakan pendapatnya di media sosial, tidak seperti sebelum ini ketika dia bersama JDT.

“Duduk kelab lama IG kena pegang password, dekat Thailand boleh bebas sikit main IG,” komen Rody Rotary Jr di Facebook.

“Boleh dah la main IG. Kalau tak nanti kena panggil pula cakap tak fokus,” tambah Ardham Anuar.


Tangkap layar Instagram Story Safawi Rasid.

Ada juga yang mengingatkan Safawi untuk berhati-hati mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan daripada termakan diri sendiri.

“Jangan lupa juga memang JDT naikkan nama Safawi, dan status kt Ratchaburi sebagai loan player, gaji separuh TMJ (Tunku Ismail) bayar lagi. Tu je nak khabar.

“Macam mana pun hormat sajalah walaupun tak puas hati. Harap dapat perform balik macam di JDT,” kata Asren Azmin.


Tangkap layar Instagram Story TMJ.

Sementara itu di Instagram Story TMJ, baginda juga memuat naik status yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

“Calendar done!, Next HM #whatcanyoudo,” tulisnya dengan memuat naik semula entri dari laman IG Wisdom_Up.

Gambar itu dengan kapsyen berbunyi, “Stay in the shadows until it’s time.”

Timbul spekulasi yang membuat andaian mungkin TMJ mahu mengambil alih semula Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ada juga yang berpendapat mungkin ia ada kaitan dengan status naturalisasi Endrick Dos Santos untuk membolehkannya beraksi dengan Harimau Malaya. – sumber Majoriti

Orang gaji sanggup minum air mangkuk tandas nak buktikan dia bersihkan betul-betul

“Menyesal aku nikah dekat Thailand!” – Wanita minta jadikan kisahnya pengajaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *