Netizen puji Mizz Nina, tetap tenang dan tak buka aib bekas suami

Netizen puji Mizz Nina, tetap tenang dan tak buka aib.

Tular dan netizen dikejutkan dengan kisah pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina yang disahkan sudah bercerai talak satu.

Apa yang menggemparkan bila kejadian dimana Noh dikatakan curang telah tular meluas di media sosial. Apa yang menarik, ketenangan Mizz Nina telah mendapat pujian ramai.

Ini perkongsian seorang pengguna FB terhadap kes ini.

Bukan nak puji Mizz Nina tapi dia bagus sebab tak kecoh dalam media sosial aibkan suami

Dia diam dan biarkan hal rumahtangga dia tu apa terjadi antara mereka berdua sahaja selesaikan.

Tidak bercerita pasal perangai suami dia, tidak bongkar skandal yang ada (sekiranya ada), tidak cerita cacat cela suami, tidak merungut dan tidak meroyan di media sosial.

Ya, pastinya dia sebagai isteri kecewa tapi dia memilih untuk tidak berkongsi di media sosial.

Banyak yang abang tengok sebelum ni ramai artis atau orang biasa jika ada masalah dengan suami, habis dibuka aib suami di media sosial.

Siap buat video nak bagitau suami dia macam tetttttttttttttttttt.

Maka netizen pun menambah lagi kayu-kayu dalam api bagi besar lagi api tu. Disimbah lagi dengan minyak petrol oleh media hiburan yang tak takut api neraka.

Noh juga bagi abang bagus semasa wartawan tanya. Dia menipu untuk lindungi berita yang tak sepatutnya umum tahu. Mereka sama-sama jaga satu sama lain.

Jadi kita yang suami isteri tak perlu masuk campur hal rumahtangga orang lain untuk kata dia ni jahat dia ni baik hanya kerana rasa kesian.

Rumahtangga mereka sekarang diuji. Jangan ingat rumahtangga kita tidak akan diuji di masa akan datang.

Jalan raya dan lampu trafik pun kadangkala kita nampak signboard ‘Sedang Diuji’. Inikan pula kita sebagai suami isteri.

Kongsian fb Hafiz Mansor

BACA LAGI:

Gadis ini ‘geram’ dengan Ariff Aiman

Timbalan Menteri dari PAS ambil anak saudara pegang jawatan penting dalam kerajaan?

Nurul Izzah kahwin lagi, bukan calang-calang suaminya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *