“Ni nak bagi makan kucing ke?” Mee Goreng MRT budak sekolah sikit sangat!

“Ni nak bagi makan kucing ke?” Mee Goreng MRT budak sekolah sikit sangat!. Rancangan Makanan Tambahan atau RMT diperkenalkan sebagai pemberian makanan tambahan kepada murid-murid di sekolah rendah terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.

Makanan yang diberikan secara percuma ini banyak membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik.

Namun baru-baru ini, kecoh apabila seorang individu berkongsikan keadaan makanan yang diberikan di dalam program RMT ini. Jumlah makanan yang diberikan kepada pelajar ini turut menimbulkan pelbagai persoalan dari netizen.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan ini, dapat dilihat portion yang diberikan untuk sepinggan mi goreng ini sangat sedikit. Menurut individu yang berkongsikan hantaran tersebut, gambar tersebut merupakan makanan RMT di sebuah sekolah terletak di Pahang.

Tidak dapat dipastikan mengapa jumlah yang diberikan terlalu sedikit, ada yang mengandaikan ini kemungkinan kerana kenaikan harga barang sekarang ini.

Namun netizen menganggap agak keterlaluan untuk memberikan para pelajar menikmati makanan dalam kuantiti sedikit ini.

Meninjau di laman Kementerian Pendidikan, harga makanan yang ditetapkan bagi program RMT adalah RM2.50 bagi pelajar di Semenanjung manakala RM3.00 untuk di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Dengan kenaikan harga barang kini, netizen berharap harga yang ditetapkan ini dapat dinaikkan bagi membiarkan para pelajar menikmati makanan yang lebih baik.

Komen netizen : –

“Untuk RMT pihak KPM dah boleh naik harga kot RM3.50 or RM4 sorang…”

“Dekat sekolah rendah tempat aku, nasi penuh ayam potongan dadu 2 ketul, sayur takde apa takdak…”

“Macam banyak sangat mi tu. Patut sorang sehelai mi cukup lah. Budak-budak je kan.”

“Kita yang parents kucing ni bagi makan pada kucing elok lagi daripada mereka yang bagi makan pada pelajar ni. Sampai hati sungguh.”

baca juga :

Usahawan ini dedah gaji sebenar tukang cuci Masjidil Haram, tak sangka..

Hanya kerana mimpi wanita lain, isteri geram simbah air panas di alat sulit suami

Bapa durjana..buat laporan anak kena rogol, sekali kantoi rupanya diri sendiri buat

Leave a Reply

Your email address will not be published.