Noh Omar letak jawatan dalam UMNO

Tan Sri Noh Omar secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor selepas hilang kepercayaan dengan kepimpinan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang ditemui pemberita di Menara Dato’ Onn itu berkata, bagaimanapun beliau masih Ahli Majlis Tertinggi (MKT) dan akan hadir ke mesyuarat yang diadakan, namun tidak akan menghadiri Mesyuarat Biro Politik.

“Saya secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, bukan sahaja Presiden tak percaya pada saya tetapi saya pun sudah tidak percaya dengan kepimpinannya.

“Saya pun tadi minta jika Presiden berjiwa besar dia patut letak jawatan seperti mana (yang dilakukan oleh) Datuk Seri Najib bila kalah (dalam PRU14) dia dipaksa meletak jawatan. Biarlah orang baharu yang menguruskan UMNO,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Istana Negara keluar kenyataan media terkini siapa bentuk kerajaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *