Orang gaji sanggup minum air mangkuk tandas nak buktikan dia bersihkan betul-betul

Orang gaji sanggup minum air mangkuk tandas nak buktikan dia bersihkan betul-betul

Orang gaji sanggup minum air mangkuk tandas nak buktikan dia bersihkan betul-betul. Seorang tukang cuci telah dirakam minum air dari mangkuk tandas. Tujuan dia melakukan perkara tersebut adalah bagi membuktikan bahawa dia telah menjalankan tugasnya dengan baik.

Di dalam klip itu, wanita itu kelihatan berdiri di hadapan beberapa orang atasan di tempat kerjanya. Dia turut menjelaskan kepada mereka mengenai tugasnya sebelum dia masuk ke salah sebuah tandas dan minum dari cawan yang diisi dengan air dari mangkuk tandas.

Menurut MailOnline, firma itu telah menganugerahkan kepadanya ‘pekerja teladan’ dan memuji dedikasinya. Tidak pasti, adakah tindakan minum dari mangkuk tandas adalah harga yang perlu di bayar untuk mendapatkan anugerah terbabit.

Rakaman tersebut dilaporkan berasal dari sebuah syarikat baja di Provinsi Shandong China. Dia dilaporkan melakukan perkara tersebut dengan rela hati dan bukannya disuruh oleh orang atasan.

Sumber Red Star News mengatakan bahawa ini bukanlah kali pertama wanita itu melakukan perkara tersebut. Selama hampir dua tahun dia melakukan tindakan terbabit bagi mendorong dirinya untuk mencuba sesuatu yang di luar kebiasan akal.

Untuk rekod, beberapa tahun yang lalu, sebuah syarikat fotografi di Guang’an, Provinsi Sichuan, China memaksa pekerja mereka untuk minum air tandas sekiranya mereka gagal mencapai KPI.

“Menyesal aku nikah dekat Thailand!” – Wanita minta jadikan kisahnya pengajaran

Lelaki akui tak pernah tengok muka isteri sepanjang 47 tahun kahwin, dah ada anak 10 orang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *