Orang ramai mengamuk kena tipu dengan Ustaz Kazim, “satu malaysia dah doakan!”

Teguran untuk Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias.

Ustaz, kalau up status di FB. Janganlah sampai tergantung dan buatkan masyarakat tertanya-tanya.
Post berkenaan sakit ustaz tu siap ustaz mohon pertolongan orang untuk bantu.

Ramai ustaz-ustaz yang pandai, dah bagi komen untuk bantu ustaz termasuklah Tok Singa. Lepas tu bila timbul pula cerita gambar tu sebenarnya ustaz tengah shooting filem. Ada yang sampai berbalah disebabkan ustaz.

Apa kejadahnya ni ustaz? Orang semua bukan main mendoakan ustaz. Tapi rupa-rupanya ustaz buat propa je. Siap ada bukti gambar make up artis sedang buat penyakit tu kat tangan ustaz.

Dah la ustaz diam je lepas post tu. Media arus perdana pun dah up pasal sakit ustaz tu. Ustaz tak rasa bersalah ke?
Mohon ustaz jelaskan hal yang sebenar.

Sebagai seorang ustaz, janganlah buat benda macam ni sembarangan sebab ustaz bukan orang biasa-biasa. Nak bergurau, ada tempatnya. Bab sakit ni, janganlah dibuat gurauan. Nampak macam tak cerdik di situ.

Jika tujuan post ustaz tu semata-mata nak melakukan filem tu nanti, memang ustaz ni sengaja nak cari pasal la kiranya.
Geram pula saya dengan ustaz ni. Maaflah, sebab saya dah rasa macam hilang respek sekarang ni.

Jadi post tadi saya turunkan balik. Doa saya pun saya tarik balik.

Lepas ni kalau ustaz sakit. Malas saya nak ambil tahu. Bukan boleh percaya sangat plot twist ustaz ni. 😑
Salam.

Tulisan dari : Mohd Faizullizam Zamani

Leave a Reply

Your email address will not be published.