Orang ramai persoal Jovian sertai lawatan PM ke Jepun

Orang ramai persoal Jovian sertai lawatan PM ke Jepun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu negara Jepun pada 23 Mei lalu bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke Jepun, dengan beberapa pertemuan berprofil tinggi diatur bagi memenuhi lawatan enam hari itu.

Menurut Berita Harian, pertemuan ini akan memberi peluang kepada Malaysia dan Jepun berbincang mengenai inisiatif mengukuhkan lagi hubungan sedia ada antara dua negara dan kolaborasi pelbagai bidang.

Namun, apa yang kurang senang dari lawatan ini adalah apabila netizen mula persoalkan kehadiran Jovian Mandagie dalam lawatan rasmi Ismail Sabri ke Jepun selepas salah satu gambar yang dimuat naik oleh laman berita Bernama tular di media sosial.

Dalam gambar tersebut, kelihatan Jovian yang memakai sut kelabu gelap, berkaca mata serta memakai pelitup muka keluarannya sendiri.

Beliau yang juga menantu Ismail Sabri turut memuatnaik satu Instagram Stories yang menunjukkan keberadaan beliau di Jepun. Namun Stories itu kemudiannya dipadam selepas netizen mempersoalkan kehadiran beliau di sana.

Untuk rekod, sehingga kini tiada apa-apa kenyataan daripada Jovian mahupun pihak berwajib mengenai keperluan Jovian mengikuti lawatan rasmi Perdana Menteri ke Jepun.

BACA:

Tanam 100 pokok ganja, individu berpengaruh bergelar ‘Datuk’ dicekup

Blogger Umno dakwa Najib sebenarnya kahwin dengan wanita Kg Baru

Pulau di Sabah dilelong dengan harga RM121.5 Juta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *