Padah tak siapkan kerja sekolah, ibu ikat dan jemur anak tengah panas

Padah tak siapkan kerja sekolah, ibu ikat dan jemur anak tengah panas.

Seorang ibu di India tergamak mengikat anaknya yang berumur lima tahun dan ‘menjemur’ kanak-kanak itu di atas bumbung ketika cuaca panas hanya  kerana dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pelajar Kelas 1 sebuah sekolah di New Delhi itu dilaporkan diikat dengan tali dan ditinggalkan di atas bumbung rumah mereka di bawah pancaran terik matahari sebagai hukuman yang dikenakan oleh ibunya.

Dalam klip video yang dirakam seorang jiran mereka, kanak-kanak perempuan itu meronta-ronta dalam keadaan terseksa akibat tangannya yang diikat pada bahagian belakang selain kakinya turut diikat.

Polis berkata, insiden itu berlaku pada 2 Jun lalu, selain menambah bahawa ibu kanak-kanak itu mengakui melakukan perbuatan tersebut.

Bapa kepada kanak-kanak tersebut bagaimanapun menafikan dia turut terlibat kerana ketika kejadian, dia berada di sebuah kedai membaiki basikal.

“Saya menerima panggilan telefon daripada bapa yang memberitahu bahawa isteri saya telah memberi hukuman kejam kepada anak kami. Dia menyuruh saya pulang dengan segera.

“Bapa saya memberitahu bahawa apabila dia pulang ke rumah, dia melihat seorang kanak-kanak sedang diikat pada bahagian teres rumah lalu melepaskannya.

“Isteri saya menghukum anak kami kerana berasa marah kepadanya. Apabila mendapat tahu hal itu, saya terus memarahinya (isteri),” ujar lelaki berkenaan.

Tidak dijelaskan sama ada wanita itu telah ditahan polis atau sebaliknya.

BACA :

Lembu bermata tiga gemparkan penduduk, “Dajjal ke apa ni?”

Lelaki kantoikan supplier telur, kata gred A tapi sebenarnya C, siap tunjuk bukti

Cukai payudara dikenakan ke atas negara ini, “lagi besar saiz, lagi banyak kena bayar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *