Pakai jubah lusuh bayar zakat RM1 Juta, ini kisah jutawan buat-buat miskin

Pakai jubah lusuh bayar zakat RM1 Juta, ini kisah jutawan buat-buat miskin

Pakai jubah lusuh bayar zakat RM1 Juta, ini kisah jutawan buat-buat miskin. Zakat merupakan salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib dilaksanakan. Bukan sahaja untuk membantu orang susah, ia juga berfungsi menambah keberkatan rezeki kepada pemberi.

Hanya 2.5 peratus daripada jumlah gaji, namun ia boleh menjadi asbab kecukupan rezeki & ketenangan hati. Malah, ada pemberi zakat yang sanggup mengeluarkan beribu ringgit hatta berjuta untuk membantu asnaf yang memerlukan.

Pakcik jubah lusuh bayar RM 1 Juta zakat kejutkan amil, jutawan rupanya

Kali ini, Siakap Keli akan kongsikan kisah seorang lelaki yang awalnya disangka asnaf dek kerana penampilannya, namun mengeluarkan zakat RM1 juta daripada keseluruhan hartanya. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang amil di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ – MAIWP), Ustaz Mohd Dziyaulhak Hashim dalam satu temu bual bersama kami baru-baru ini.

Lelaki separuh abad datang dengan berjubah lusuh

Ada sorang tu (anggaran umur 50-60 tahun) dia datang ke kaunter zakat. Tapi dia pakai jubah pun tak seterika, biasa je. Takde driver, datang pejabat zakat, lepastu nak jumpa amil, dia nak bayar zakat.

Tapi amil kita ingat dia datang nak minta bantuan. Sebab tengok penampilan dia, kalau orang datang macam tu biasanya orang datang nak minta bantuan.

Jadi kalau nak minta bantuan, kita akan salurkan terus atau minta pergi ke Bahagian Agihan Zakat MAIWP, di Jalan Ipoh. Sebab di PPZ-MAIWP, kita tak ada bantuan, kami hanya kutip zakat orang sahaja. (Kutipan diserahkan kepada Bahagian Agihan Zakat MAIWP untuk urusan pengagihan)

Jadi kami ingat lelaki yang pakai jubah lusuh ni nak ambil bantuan. Rupa-rupanya dia sebut dia nak bayar zakat pendapatan.

Apa yang mengejutkan ialah, lelaki tersebut ingin membayar zakat RM1 juta daripada hartanya sendiri dan bukan daripada pendapatan tahunan syarikat.

Jadi amil tanya berapa amaun. Dia cakap nak bayar zakat untuk dirinya, RM1 juta.

Penampilan nampak biasa, tapi mashaAllah jutawan-jutawan yang tawaduk ni ada sebenarnya. Permata-permata tu ada.

Menariknya pakcik tu, banyak zakat dia bayar. Biasa harta orang RM1 juta, zakat RM25 ribu. Tapi dia ni zakat RM1 juta.

Hendak dijadikan cerita, amil yang bertugas pada ketika itu telah tersilap memasukkan data pada resit dengan menaip terlebih angka kosong menjadi RM10 juta. Namun reaksi lelaki tersebut hanya bersahaja, beliau telah meminta supaya didoakan agar suatu hari nanti dia dapat menambah jumlah zakatnya itu.

Dengan perkembangan teknologi, kini tiada alasan lagi terlupa membayar zakat kerana ia boleh dilaksanakan di hujung jari. Klik sahaja laman web zakat.com.my atau anda sudah boleh membuat pembayaran dengan tolakan gaji setiap bulan melalui ptg.zakat.com.my

Selain itu, anda juga boleh melihat jumlah nisab semasa dan mengira jumlah yang layak dikenakan zakat daripada pendapatan tahunan anda. Wang zakat yang dibayar ini seterusnya akan diberikan kepada MAIWP dan diagihkan kepada asnaf dan mereka yang memerlukan. -SK

Doktor tersalah potong kepala kemaluan, majlis khatan bertukar tragedi

TMJ pemilik sebenar istana RM14 Billion di Singapura

Wajah Messi akan diletak di wang kertas Agentina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *