Pakar bius rogol pesakit selepas dibius

Seorang pakar bius Brazil, Giovanni Quintella Bezerr dituduh merogol seorang wanita yang dibius di hospital negara itu baru- baru ini.

Dia yang berusia 32 tahun dituduh melakukan perbuatan tersebut semasa pembedahan cesarean sedang berlangsung.

Bezerr ditangkap di Rio de Janeiro pada 10 Julai lalu selepas jururawat-jururawat berasa curiga dengan tingkah lakunya semasa pembedahan sedang dilakukan.

Tangkapan itu dilakukan oleh jururawat-jururawat tersebut, setelah merakamkan perbuatan itu secara rahsia.

Polis berkata, tiga lagi wanita yang dirawat pada hari berbeza telah tampil menyatakan mereka menjadi mangsanya.

Bezerra hadir di mahkamah buat pertama kali pada Selasa yang mana hakim menjatuhkan hukuman ditahan sehingga kes itu disiasat. – Agensi

Baca:

Tukar tikus jadi duit, Majlis Perbandaran Jasin tawar ganjaran tangkap tikus seekor dapat RM3

Tragis raya korban, lelaki dari T’ganu maut tercekik tulang ketika hirup sup tulang

Pengurus Bank hilang RM605,000, kena tipu dengan scammer

Leave a Reply

Your email address will not be published.