PAS dedah punca sebenar Nik Abduh tak bertanding di Bachok

PAS dedah punca sebenar Nik Abduh tak bertanding di Bachok

PAS dedah punca sebenar Nik Abduh tak bertanding di Bachok. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, anak bekas menteri besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, secara sukarela tidak mempertahankan kerusi Parlimen Bachok pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata PAS.

Ia sekali gus menyangkal dakwaan berhubung isu mematikan legasi Nik Aziz, menurut timbalan presiden parti, Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Semua perlu ingat, perjuangan bukan individu sebaliknya dasar yang mahu diperjuangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengguguran Nik Abduh daripada menjadi calon Perikatan Nasional (PN) selepas majlis pengisytiharan calon PRU15 PN Kelantan di Kota Bharu semalam.

Tuan Ibrahim berkata, PAS akan meneruskan segala dasar Nik Aziz, justeru tidak timbul isu boikot di kawasan Parlimen itu.

Malah, katanya Nik Abduh akan membantu calon baharu yang akan bertanding, Mohd Syahir Che Sulaiman.

“Sepanjang kempen beliau (Nik Abduh) akan membantu calon baharu di Parlimen berkenaan untuk menyokong komitmen kepimpinan parti memandangkan Syahir ialah rakan beliau,” katanya menurut Sinar Harian.

Selain Nik Abduh, penyandang Parlimen Tumpat Che Abdullah Mat Nawi turut digugurkan daripada calon kerusi Parlimen PN Kelantan bagi PRU15, 19 Nov ini.

Tempat Nik Abduh digantikan Syahir, yang juga setiausaha politik Presiden PAS Abdul Hadi Awang, manakala Che Abdullah digantikan Mumtaz Mat Nawi.

Senarai penuh kerusi Pas Kelantan, Nik Abduh gugur, SetPoL Hadi Awang masuk

Makin panas, Umno bahagian Gerik tolak Asyraf Wajdi jadi calon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *