PAS gesa ahli buat solat hajat minta ‘dibukakan hati’ malam ini

PAS gesa ahli buat solat hajat minta 'dibukakan hati' malam ini

PAS akan menganjurkan solat hajat bagi membuka hati pihak yang tidak mahu perpaduan ummah malam esok, kata mursyidul amnya Hashim Jasin.

Hashim berkata, seruan solat hajat itu dibuat kepada semua ahli PAS termasuk Umno, Bersatu dan parti lain yang inginkan perpaduan ummah terlaksana di negara ini.

“Kita tak putus harap, kita masih ajak untuk kita bersatu kerana ia adalah perintah Tuhan, jadi kita dah usaha ajak.

“Jadi sekarang ni yang boleh ubah hati adalah Allah maka kita ajak lah ahli-ahli kita doa pada Allah supaya diubah hati-hati orang yang tak mahu agenda perpaduan ummah supaya mereka kembali dan bersetuju dengan usaha suci yang kita sedang jalankan,” katanya kepada FMT.

Menerusi siaran akhbar Ketua Dewan Ulama PAS Ahmad Yahya, solat hajat itu akan diadakan pada esok (khamis malam Jumaat) bersempena sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan 16 Sept setiap tahun.

“Mesej utama penganjuran solat hajat dan munajat ini adalah gesaan penyatuan ummah dapat direalisasikan dalam negara,” kata Ahmad sambil menambah penganjurannya turut bagi memohon dihindarkan negara ini dari musibah termasuk banjir besar Nov akan datang.

Mengulas lanjut, Hashim berkata solat hajat itu akan diadakan di semua cawangan parti seluruh negara.

Ditanya adakah pihaknya memanjangkan jemputan itu kepada Umno, Hashim menjawab:

“Kita terbuka. Kalau dia nak hadir boleh kerana bukan semua orang umno tolak perpaduan ummah, jadi siapa yang nak perpaduan ni mari kita sembahyang hajat, lembutkan hati orang yang tak mahu,” katanya.

Bekas Presiden MIC, Samy Vellu meninggal dunia

Geram jalan dah lama berlubang, MP dari Sabah nekad tampal sendiri sepanjang malam

Leave a Reply

Your email address will not be published.