Pasangan suami isteri jumpa 264 syiling emas bawah lantai dapur, sekelip mata jadi jutawan

Pasangan suami isteri jumpa 264 syiling emas bawah lantai dapur, sekelip mata jadi jutawan

Pasangan suami isteri jumpa 264 syiling emas bawah lantai dapur, sekelip mata jadi jutawan. Sepasang suami isteri di Britain yang menemui 264 keping syiling emas di bawah lantai dapur rumah mereka berjaya menjualnya pada harga £754,320 (RM3.9 juta) dalam satu acara lelongan, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Sebilangan artifak itu berusia 400 tahun dan tertanam di bawah tanah sedalam 15 sentimeter (sm) di Kampung Ellerby, North Yorkshire.

Pemilik yang enggan identiti mereka didedahkan itu, pada awalnya menyangka barang tersebut sebagai kabel elektrik.

Beberapa syiling emas itu didapati bertarikh dari 1610 hingga 1727 ketika pemerintahan Raja James I, Charles I dan George I.

Pasangan suami isteri jumpa 264 syiling emas bawah lantai dapur, sekelip mata jadi jutawan

Setelah mendapatkan pandangan pakar artifak, syiling itu didapati milik keluarga saudagar kaya dari bandar Hull, Fernley-Maisters.

Fernley-Maisters adalah pengimport dan pengeksport kayu balak, arang batu dan bijih besi dengan generasi terkemudian berkhidmat sebagai anggota Parlimen pada awal 1700-an.

“Jualan itu unik dalam banyak cara. Sejarah syiling itu, kaedah penemuannya dan peluang yang jarang untuk membelinya dalam acara lelongan.

“Saya tidak pernah melihat lelongan seperti itu sebelum ini. Hasilnya membuktikan keunikannya kerana anggaran saya diatasi sebanyak tiga kali ganda,” kata pelelong daripada firma Spink & Son, Gregory Edmund. – Agensi

Peniaga ‘legend’ ini kongsi cara buat sambal Nasi Lemak sedap sampai orang ketagih

Ini pekerjaan 10 ahli politik Malaysia sebelum masuk bidang politik, kerja Zahid paling tak sangka

Wanita melayu umur 34 tayang helikopter milik sendiri jadi perhatian, anak VIP mana ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *