“Patut jadi model cantik macam ni”- Gadis kerja angkat simen tarik perhatian

"Patut jadi model cantik macam ni"- Gadis kerja angkat simen perhatian

“Patut jadi model cantik macam ni”- Gadis kerja angkat simen perhatian. Seorang pelajar perempuan menjadi tular di media sosial kerana bekerja sebagai kuli angkat simen bagi membantu ibu bapanya mencari rezeki.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di TikTok, remaja yang dikenali sebagai Nur Halisa itu dilihat berada di sebuah bangunan dan sedang mengangkat simen turun dari sebuah lori.

Dia dilihat memikul simen itu satu persatu untuk dimasukkan ke dalam bangunan tersebut tanpa menghadapi sebarang masalah.

@nurhalisa1__ prosesnya memang berat tapi hasilnya tak kalah hebat Insyaallah #semenbosowa #casis #ceritakita #doaibuselamanya #fypdongggggggg #fypシ #fyp ♬ suara asli – Nurhalisa1

“Belajar menikmati apa yang ada, ia akan menjadikan hidup anda lebih berharga. Jangan lupa bersyukur dan membantu ibu bapa anda,” katanya.

Dalam video seterusnya, dia meletetakkan tikar di belakangnya untuk memikul simen.

Ketika dihubungi oleh Detik.com, remaja itu berkata dia bekerja dengan niat untuk membantu kedua ibu bapanya dan ingin berbakti kepada mereka.

“Saya kesian tengok ibu ayah saya bekerja, sebab itu saya nak tolong mereka berdua.

“Sementara masih ada masa, berbaktilah kepada ibu bapa, jangan lupa menjadi bersyukur kerana membantu ibu bapa kamu,” katanya.

Tambahnya, dia mahu netizen yang melihat video itu sentiasa bersyukur dan tidak mengeluh.

“Semuanya perlukan proses, walaupun ia berat tetapi hasilnya juga tidak kurang hebatnya, InshaAllah jangan lupa bersyukur kerana membantu ibu bapa anda,” ujarnya.

Sehingga kini, video yang dimuat naik olehnya itu telah ditonton sebanyak 4.8 juta kali dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang terharu dengan usaha gigihnya dan mendoakan agar dia menjadi wanita berjaya pada masa hadapan.

“MashaAllah, sentiasa menjadi motivasi untuk bekerja dengan penuh rasa syukur dan ikhlas,” kata salah seorang netizen.

Sabun ada serbuk emas dan berlian ini diiktiraf paling mahal di dunia

Berbillion harta karun milik Sultan Melaka ditemui, ada 84 peti semua

Murid datang sekolah pakai seluar koyak buat cikgu nak menangis – ‘miskin sangat ni’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *