Pecatnya sebagai KPPA, Syafiq nak ambil tindakan undang-undang orang terlibat

Pecatnya sebagai KPPA, Syafiq nak ambil tindakan undang-undang orang terlibat

Pecatnya sebagai KPPA, Syafiq nak ambil tindakan undang-undang orang terlibat. Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat ke atas penamatan perkhidmatannya.

Shafiq dalam satu kenyataan media hari ini berkata, beliau terkilan dengan keputusan yang dikenakan ke aatas dirinya.

“Walaubagaimanapun, saya tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan perkhidmatan saya dan saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiayai saya meskipun saya telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa 12 Dis 2022.

Penamatan ini adalah selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].
Menurut kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini, Mohd Shafiq dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [Akta 227].

Peruntukan tersebut membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya.

“Keputusan ini diambil setelah melalui semua prosedur bagi Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan telah diteliti keteraturannya oleh Jabatan Peguam Negara.

“Saya bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Shafiq atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam.

“Saya menyeru kepada semua penjawat awam untuk terus memberikan komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan demi negara yang kita cintai,” kata Mohd Zuki.

Akhirnya Banglo ‘seram’ di KL yang pernah tular berjaya dijual RM4.4 Juta, ini pemiliknya

Fakta sebenar tuala wanita yang ramai tak tahu, “dulu moyang kita pakai daun kering je”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *