Pegawai PM sahkan Ismail tidak hadir taklimat khas bersama Presiden Umno

Mesyuarat "Top Five" bincang PRU tangguh lagi - PM

Pegawai PM sahkan Ismail tidak hadir taklimat khas bersama Presiden Umno. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak menghadiri taklimat khas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Perkara itu dimaklumkan pegawainya sambil menjelaskan Ismail menghadiri majlis pelancaran program inisiatif pendigitalan sektor peruncitan peringkat kebangsaan di Pahang pagi tadi.

Pegawai PM sahkan Ismail tidak hadir taklimat khas bersama Presiden Umno

“Perdana menteri tidak sempat datang ke WTC, sebab ada program rasmi di Dataran Kerayong Bera, Pahang.

“Tapi malam ini, mesyuarat MKT, PM akan hadir,” katanya kepada FMT ketika ditanya ketiadaan Ismail pada taklimat Zahid hari ini.

Taklimat Zahid hari ini dihadiri semua pimpinan utama Umno kecuali Ismail.

Terdahulu taklimat presiden Umno itu dimulakan dengan penjelasan kes melibatkan Najib Razak berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dalam kes SRC International oleh peguam bekas perdana menteri itu, Muhammad Shafee Abdullah.

Hadir sama isteri Najib, Rosmah Mansor serta dua anaknya Nooryana Najwa dan Mohd Nizar Mohd Najib. – FMT

Baca :

Tun Mahathir jawab dakwaan pengaruhi keputusan mahkamah

“Beri kata dua kepada PM” : Umno akan saman Malaysiakini dan Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published.