Pegawai polis minta bantuan bomoh cari suspek kes bunuh digantung kerja

Pegawai polis minta bantuan bomoh cari suspek kes bunuh digantung kerja

Pegawai polis minta bantuan bomoh cari suspek kes bunuh digantung kerja. Seorang anggota polis telah digantung tugas selepas meminta bantuan bomoh untuk mengesan suspek kes pembunuhan seorang remaja perempuan.

Perintah penggantungan itu dikeluarkan selepas pihak atasan mengetahui berkenaan sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan dia meminta bantuan seorang bomoh untuk mengenal pasti pembunuh yang membunuh gadis berusia 17 tahun.

Menerusi video tersebut dapat dilihat bahawa pegawai polis itu menyerahkan senarai suspek kepada bomoh dan berkata “Terdapat beberapa nama dalam senarai anda dan saya kini akan mengambil beberapa nama. Nama yang tiada dalam senarai anda merupakan tertuduh utama.”

Selepas itu, bomoh tersebut mengambil tiga nama dan berkata, ” Sekarang kamu boleh faham siapa orang itu. Kamu telah menahannya untuk disoal siasat untuk kes ini.”

Pada 28 Julai, seorang gadis berusia 17 tahun telah dibunuh dan kes tersebut diletakkan di bawah balai polis Bamitha di daerah Chhatarpur.

Selepas video tersebut tular, orang ramai mula mempersoalkan sistem kepolisian maka Chhatarpur SP Sachin Sharma mengeluarkan perintah penggantungan terhadap ASI tersebut.

Makcik Cleaner terkejut jumpa sekeping syiling bernilai RM100,000

Duit berpuluh ribu bertukar jadi tisu, hati-hati jika jumpa bomoh ini

“Aku tengok mak dengan suami aku tengah main atas katil, aku bangun nak buat susu anak..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *