Peguam ini kecam sekolah bawa masuk Haqiem Stopa, bimbang ‘pengaruh tidak baik’ jadi ikutan pelajar

Peguam ini kecam sekolah bawa masuk Haqiem Stopa, bimbang ‘pengaruh tidak baik’ jadi ikutan pelajar. Telah tular satu perkongsian seorang wanita yang juga peguam, Nor Zabetha membuat satu hantaran di Facebook berikutan kebimbangannya bila melihat Haqiem Stopa dibawa masuk ke sebuah sekolah untuk berikan ucapan,

Berikut merupakan hantaran Facebook Nor Zabetha:

Lepas tengok video Haqiem Stopa dijemput ke sekolah. Saya bayangkan perbualan ayah dan anak begini.

“Nak, yang paling utama, pergi sekolah. Pendidikan penting. Bab minat tiktok, media sosial, itu semua sampingan. Belajar dulu, yang lain-lain datang kemudian. Ilmu menjamin masa depan”, pesan si ayah.

“Ala! Relax lah abah. Sekarang ini, sekolah pun angkat tik toker. Merempit pun, sekolah tetap ajak bagi talk dekat sekolah. Jadi ikon lagi oleh kementerian. Belajar-belajar nak jadi cikgu, doktor, lawyer, usahawan ni semua dah lapuk lah abah. Orang lama-lama je”.

Bayangkan. Apabila sekolah sendiri yang menjemput. Siap diiring ke sekolah. Wow! Untuk memberi ucapan/pesanan kepada pelajar-pelajar.

Jadi saya pun google siapa Haqiem Stopa. Terjumpa satu video Youtube yang kongsi pesanan Haqiem Stopa kepada mereka yang kutuk budak motor/ rempit.

Dia mulakan “Sekian lama saya tak buat video, budak-budak bod*h ni naik atas kepala..”

“..Sapet kau..Kau belum tahu. Ini salah satu contoh (sambil tunjuk kepada diri sendiri) betul-betul rempit, fully bukan fully, full time. Betul-betul full time rempit punya..”

“..Kau jangan sampai aku, main takraw dengan buah kepala kau..”. Dia akhiri dengan carutan dalam video itu tetapi tak apalah, tetaplah dia diangkat sebagai ikon pemotoran oleh Kementerian Perpaduan Negara. Tetap juga dia diangkat dan dipanggil ke sekolah untuk memberikan ucapan.

Ramai usahawan, yang tidak menyambung pelajaran. Berjaya. Boleh dijadikan contoh yang baik. Ramai.

Jelas zaman sekarang, populariti di media sosial, dikenali dan berduit, sudah cukup diangkat-angkat. Ilmu itu ketepikan. Gaya percakapan, moral dan pembawakan juga tidak kisah. ‘Tahniah’ kepada mereka yang terlibat yang membawa mesej-mesej begini.

Belum selesai isu debat beg berat, masih tiada penyelesaian isu silabus, sekarang ini diangkat-angkat pula ikon-ikon yang….oleh sekolah sendiri. Wow! Hmm..Haih. Tidak terkata. Sedih.

BACA :

Rakyat digalak naik basikal ke ofis, saya pun berbasikal ke pejabat, kata KSU KASA

Bapa durjana..buat laporan anak kena rogol, sekali kantoi rupanya diri sendiri buat

Penjara dah macam hotel lima bintang, “ramai lah berebut nak masuk sini nanti”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.