“Peja jangan hisap gam!” bergema di stadium nasional, ini respon menteri

“Peja jangan hisap gam!” bergema di stadium nasional, ini respon menteri.

Dalam kemeriahan ramai menyaksikan Harimau Malaya membenam Bangladesh untuk mara ke Piala Asia secara merit buat pertama kali dalam tempoh 42 tahun banner yang tertera kata-kata keramat ‘Peja Jangan Sap Gam’ mencuri perhatian ramai.

Kata-kata yang terpampang ketika perlawanan itu telah ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau lebih mesra dikenali sebagai Peja.

Semuanya gara-gara Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah mengeluarkan kata-kata tidak masuk akal apabila telah menyatakan bahawa sorakan penyokong menjadi punca kekalahan Malaysia kepada Bahrain.

Ultras Malaya yang boleh dianggap kepala kepada penyokong pasukan Harimau Malaya nyata terkesan dan telah mempersoalkan pandangan tidak cerdik Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam ciapan dilaman Twitter Ultras Malaya 07 telah bertanya Pak Menteri Sukan itu samada beliau mahukan satu chant istimewa atau tidak?

“Kau nak chant special ke? Ckp laa awal2 @PejaOfPerak.. Takper, deme baca dulu 63,000 penyokong nilai kat Twt bawah ya 👇🏼👇🏼👇🏼 Harap tak hang 😂”

Tiada chant atau lagi istimewa buat Peja namun ada banner yang tertera ayat yang selalu digunakan kepada mereka yang selalu bercakap secara merapu dan meraban.

‘Peja Jangan Sap Gam’

Sebelum perlawanan menentang Bangladesh berlangsung, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengadakan pertemuan dengan Capo Ultra Malaya selepas membuat permohanan maaf kerana kenyataan tidak cerdik itu.

Selepas perlawanan melalui laman Twitter rasminya, Peja of Perak telah memuat naik gambar ‘Peja jangan sap gam’ berserta kapsyen berterima kasih atas nasihat itu.

“Nasihat yg amat baik kepada saya dan kepada semua!! Terima kasih!! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita.”

Ciapan dari Menteri Belia dan Sukan Malaysia itu telah disambut dengan sinis, troll dan nasihat oleh pengguna Twitter yang lain serta ada yang menyarankan beliau meletak jawatan.

“Fikirlah dahulu sebelum berkata ya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”

“Sebaik2 manusia adalah yg mengaku kesilapan dan cuba memperbaikinya.”

“Siapa dia ni ? Aku tak undi diaaaaa”

“kahkahkah adan uke.. menteri kena balun…”

“Lain kali cakap pakai otak. Dah jadi menteri kan”

“Padah bila salah cakap..elok diam dr berkata-kata benda yg membangangkan diri sendiri.. turun ke track lepas game pun kena boo 🤣”

“Lain kali ingat , kita ni tak pandai boleh belajar , tapi kalau bodoh sombong , ego , ni la padahnya .”

 

Harimau Malaya mencipta sejarah apabila berjaya mara ke Piala Asia 2023 buat kali keempat dalam sejarah bola sepak Malaysia selepas menumbangkan Bangladesh 4-1.

Tekanan Malaysia untuk mara agak kurang selepas Palestin membenam Filipina 4-1 dan kekalahan Turkmenistan kepada Bahrain bermakna Malaysia hanya perlukan seri untuk layak.

Namun seri bukan pilihan tetapi kemenangan penuh bergaya dengan permainan penuh bertenaga ditampilkan oleh pasukan Harimau Malaya sejak wisel permulaan dibunyikan.

Kali terakhir Malaysia bermain di Piala Asia adalah pada 2007 ketika itu layak kerana menjadi tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan juga Vietnam.

Piala Asia 1980 yang berlangsung di Kuwait pula merupakan kali terakhir Malaysia layak secara merit dan mempamerkan prestasi paling cemerlang walaupun tidak lepas peringkat kumpulan.

Sepanjang kewujudan kejohanan Piala Asia ini, secara keseluruhannya hanya 3 kali Malaysia berjaya melayakkan diri kali pertama pada 1976 di Iran, 1980 dan 2007.

Percaturan Kim Pan Gon dalam menguruskan pasukan dengan menurunkan pemain yang sering menimbulkan tanda tanya nyata menjadi dan pemain memberikan yang terbaik sehingga membawa kejayaan kecuali De Paula.

BACA:

Sorakan penyokong Malaysia punca Malaysia kalah, pemain hilang fokus – Peja

Faizal Azumu dikecam selamba ‘peluk’ pembaca berita TV3 wanita

Malaysia VS Bangladesh : Penyokong harap PM tak hadir ke stadium malam ni

Leave a Reply

Your email address will not be published.