Pelajar sekolah gaduh bawak buaya gemparkan penduduk, “lejen habis dia ni”

Pelajar sekolah gaduh bawak buaya gemparkan penduduk, "lejen habis dia ni"

Pergaduhan di antara pelajar sekolah terjadi di Jakarta, namun apa yang menariknya adalah salah seorang pelajar yang menyertai pergaduhan tersebut membawa seekor buaya kecil sebagai senjata.

“Jadi yang membawa anak buaya itu memang sekolah di bahagian hal ehwal haiwan, seperti sekolah vokasional,” kata Ketua Polis Daerah Duren Sawit Kompol M Marbun ketika ditemubual CNN Indonesia.

Marbun berkata, buaya itu milik sekolah dan yang membawa buaya tersebut adalah penjaga yang ditugaskan oleh pihak sekolah.

Tambah Marbun lagi, pelaku terbabit secara tidak sengaja membawa buaya tersebut kerana dia tidak tahu akan berlaku pergaduhan di sana.

Marbun berkata, sebelas pelaku yang ditahan sudah dihantar pulang. Bagaimanapun, sebelum itu polis akan memanggil ibu bapa dan pihak sekolah untuk membuat perjanjian supaya pelaku tidak lagi terlibat dalam pergaduhan.

Netizen tanya mana pergi bajet signbaord highway SUKE? “Kecik macam ni sapa boleh tengok!”

Waris MH370 berang dengan teori konspirasi Princemeed, “penat tau tak nak pujuk mak aku bagi tenang!”

Leave a Reply

Your email address will not be published.