Pelakon mengaku kekasih kepada anakanda Yang-Dipertuan Agong dipersoal

Pelakon mengaku kekasih kepada anakanda Yang-Dipertuan Agong dipersoal

Pelakon mengaku kekasih kepada anakanda Yang-Dipertuan Agong dipersoal. TUJUAN menyebut nama seorang kerabat diraja sekadar bergurau, namun pelakon Dayang Areeda terus menjadi mangsa kecaman netizen.

Rata-rata menganggap kenyataannya berkenaan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah sebagai kekasih adalah tindakan melampau.

Gurauan bintang drama Kekasih Paksa Rela itu dipandang serius oleh segelintir individu hingga mereka sanggup meninggalkan kata-kata kesat mengutuknya.

Begitupun, Areeda tidak melenting tetapi terkejut apabila hal kecil yang dikongsi secara suka-suka apabila menyatakan keluar dengan ‘kekasih’ merujuk kepada Tengku Mahkota Hassanal boleh mencetuskan kemarahan di luar jangka.

Mizz Lahar pun terkejut baca komen-komen yang dikongsi pelakon berusia 29 tahun itu sebab tak sangka sampai begitu sekali dia dikecam.

Apa pun respek dengan maklum balas Areeda yang masih bertenang dan tidak dibuai emosi dengan mencetuskan pergaduhan maya.

Isteri risau perangai suami makin pelik balik dari Thailand, makin kerap ke sana

Orang ramai mula beli barang bayar guna bawang, duit dah tiada nilai

Aksi budak selamba raba wanita atas motosikal jadi tular, “anak sapa ni?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *