Pelanggan tegur pekerja restoran wanita senyum-senyum dekat suaminya, habis kecoh. Baru-baru ini, seorang pemilik restoran terkejut menerima satu mesej daripada salah seorang pelanggan yang telah menegur sikap pekerja restorannya.
Teguran pelanggan itu dianggap tidak wajar kerana pelanggan yang dipercayai seorang wanita, telah memarahi pekerjanya hanya kerana melemparkan senyuman kepada suami wanita tersebut. Eh, ye ke?
Hanya kerana senyuman
Menurut screenshot yang dikongsi oleh pemilik restoran tersebut, wanita itu menjelaskan rasa tidak puas hati terhadap layanan mesra pekerjanya.
Maaf ye kalau saya lancang berkata. Boleh tak pihak kedai bagitahu dekat pekerja yang pakai tudung hijau/biru hari ini, jangan nak ramah sangat dekat laki orang. Kalau nak berterima kasih, cukup cakap terima kasih tak perlu nak senyum-senyum.
Pemilik kedai makanan tersebut menganggap bahawa teguran itu sangat tidak relevan. Hal ini kerana layanan mesra merupakan salah satu etika perlu dipraktikkan ketika berhadapan dengan pelanggan.
Villa TMA makin dikenali warga Terengganu, siap tawar diskaun 50% untuk Februari hingga April
Villa TMA makin dikenali warga Terengganu, siap tawar diskaun 50% untuk Februari hingga April