Pelik anak perempuan belum balik tarawih, rupanya kena cabul dengan pakcik tua ni

Pelik anak perempuan belum balik tarawih, rupanya kena cabul dengan pakcik tua ni.

Seorang wanita di Situbondo, Jawa Timur, Indonesia terkejut selepas melihat anaknya yang berusia 12 tahun keluar dari surau sambil memegang seluar. Apa yang lebih mengejutkan, apabila kanak-kanak ini dipercayai menjadi mangsa kegiatan ‘tidak senonoh’ selepas waktu solat Tarawih.

Kanak-kanak jadi mangsa

 

Menerusi laporan Tribun News, mangsa, FN yang merupakan pelajar sekolah rendah didakwa dinodai oleh jirannya sendiri, R, 72, yang tinggal di Daerah Kendit, Situbondo. Insiden tidak senonoh itu berlaku apabila mangsa dan bapanya bersama-sama menunaikan solat Isyak dan Tarawih di sebuah surau.

Bagaimanapun selepas tadarus, bapa kepada mangsa pulang ke rumah dan isterinya sempat bertanyakan mengenai anak mereka yang masih tidak pulang. Bagi mengesahkan keberadaan anaknya, si ibu bertindak ke surau tempat anaknya menunaikan solat Tarawih dan tadarus.

Namun ketika sampai di hadapan surau, wanita ini bertindak memanggil anaknya dan alangkah terkejutnya dia melihat kanak-kanak ini membetulkan seluarnya. Curiga dengan apa yang terjadi, wanita ini bertindak bertanyakan kepada anaknya apa yang telah terjadi.

Ceritakan perkara sebenar

Selepas diaju dengan soalan tersebut, mangsa tampil menceritakan dia telah diganggu oleh seorang warga emas sebelum satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Situbondo. Kini mangsa dilaporkan selamat dan menjalani pemeriksaan.

BACA :

[Video] Tangan kanak-kanak perempuan hancur, tersepit eskalator di Mall

Pengetua sekolah tahfiz terpesona kecantikan anak muridnya, sah bertunang

Raba anak rakan, penceramah terkenal dari Terengganu ditahan

Leave a Reply

Your email address will not be published.