Pemandu bas didakwa rogol kanak-kanak 3 tahun

Pemandu bas didakwa rogol kanak-kanak 3 tahun

Pemandu bas didakwa rogol kanak-kanak 3 tahun. Seorang pemandu bas sekolah ditahan selepas didakwa merogol seorang kanak-kanak tiga tahun di dalam sebuah bas sekolah di bandar Bhopal, India.

Memetik laporan NDTV, pemandu bas dan seorang lagi pembantu yang turut berada di dalam bas itu kini ditahan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Madhya Pradesh, Narottam Mishra memaklumkan siasatan terhadap pihak pengurusan sekolah kanak-kanak itu sedang dijalankan atas dakwaan cuba menyembunyikan kes ini.

Difahamkan perkara itu disedari ibu kanak-kanak berkenaan selepas berasa curiga pakaian anaknya bertukar manakala pakaian lama diletakkan di dalam beg.

Wanita itu kemudian bertanya guru sekolah dan pengurusan tadika tetapi mereka menafikan perkara itu.

Segalanya terbongkar selepas kanak-kanak itu mengadu sakit pada bahagian kemaluan dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya.

Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 376-AB (rogol kanak-kanak perempuan di bawah umur 12 tahun) dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak India daripada Kesalahan Seksual (POCSO).

Sultanah Kelantan dedah wajah secara rasmi, hadir ke majlis Istana Negeri

Leave a Reply

Your email address will not be published.