Pemuda dedah gaji RM5K tak cukup duduk KL, ni butiran belanja yang kena bayar..

Pemuda dedah gaji RM5K tak cukup duduk KL, ni butiran belanja yang kena bayar..

Ketika ini isu mengenai kos sara hidup yang tinggi terutamanya di bandar menjadi topik hangat. Lebih-lebih lagi apabila berlakunya kenaikan harga barangan keperluan. Bak kata peribahasa nak ditelan mati emak nak diluah mati bapa, kebanyakan dari kita sememangnya perlu bergelut dengan realiti pahit ini.

Bercakap mengenainya, sebelum ini kami ada kongsikan satu artikel yang memaparkan hakikat gaji RM5,000 tidak cukup jika menetap di KL.

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai pendapat dan pandangan. Ada yang bersetuju dan ada juga yang mempersoalkannya.

Bagi yang kurang bersetuju, mereka mempersoalkan apakah yang dibelanjakan sehingga RM5,000 masih tidak cukup? Bagaimana pula dengan penduduk yang berpendapatan bawah daripada itu?

Gaji rm5k tak cukup kat kl

Gaji rm5k tak cukup kat kl

Tidak kurang juga, ada yang bersetuju dengan pendapat berkenaan. Apa tidaknya, mereka menyedari bahawa kos sara hidup memang tinggi, malah ada yang mengatakan nasi lemak pun dah harga RM3.

Bukan itu sahaja, ada yang mengaitkannya dengan negeri lain yang kos sara hidup juga tidak cukup

Walau bagaimanapun, majoriti pendapat di ruangan perkongsian tersebut mengatakan gaji berapa pun cukup asalkan boleh mengawal kewangan dan perbelanjaan. Dahulukan keperluan, kemudian barulah bergerak kepada keinginan dan jangan pula dilupakan tabungan yang harus diisi.

Bagi keperluan, sebenarnya boleh di adjust dan perlu bijak untuk menguruskannya. Seperti contoh bil internet, anda boleh uruskannya dan dapatkan pelan yang paling berbaloi dan menjimatkan.

BACA:

Pesalah seks akan dimandulkan, kerajaan perkenal undang-undang baru

Pakar bius rogol pesakit selepas dibius

Tukar tikus jadi duit, Majlis Perbandaran Jasin tawar ganjaran tangkap tikus seekor dapat RM3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *