Pemuda hantar surat kepada Zakat Selangor minta henti bayar zakar kepadanya, rupanya ini yang jadi

Pemuda hantar surat kepada Zakat Selangor minta henti bayar zakar kepadanya, rupanya ini yang jadi. Seorang individu asnaf dilapor menghantar sepucuk surat kepada Zakat Selangor kerana mengisytiharkan dirinya sudah tidak layak menerima bantuan, lapor Zakat Selangor.

Menurut perkongsian di Twitter, Zakat Selangor mendakwa, tindakan jujur asnaf tersebut ‘dikesan’ ketika pihaknya mahu menjalankan prosedur bancian semula tahunan.

“Niat nak buat bancian semula asnaf ini (aktiviti tahunan bagi lihat kelayakan semuka asnaf sedia ada), tapi kita dikejutkan, beliau sendiri nak keluar asnaf sebab sudah mampu menampung diri dan keluarga.

“Alhamdulillah! Terima kasih pengeluar zakat bantu beliau ketika susah dulu,” maklum Zakat Selangor dalam kenyataan di Twitter itu.

Sementara itu, dalam surat yang dihantar asnaf tersebut, dia menyatakan rasa syukur tidak terhingga atas segala bantuan yang diterima daripada pengeluar dan pihak zakat.

“Merujuk perkara di atas, dengan ini saya memohon berhenti bayaran zakat ke atas diri saya.

“Alhamdulillah sekarang pendapatan harian saya mampu untuk menanggung keluarga.

“Segala jasa baik kerjasama daripada pihak tuan/puan saya amat hargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih,” kata asnaf tersebut.

Surat yang bertajuk “Permohonan berhenti bayar zakat keatas saya” telah di tulis pada 25 Februari 2022.

 

 

Golongan asnaf sememangnya menjadi kewajipan untuk diberikan bantuan. Kejujuran mereka yang sanggup ‘berundur’ setelah mampu adalah sesuatu yang harus diberi pujian.

Justeru perkongsian itu dihujani pelbagai reaksi positif di ruangan komentar. Rata-rata warganet berasa bangga dengan individu tersebut.

“Orang seperti ini selayaknya dibantu zakat, jujur dan sentiasa mencari jalan untuk memajukan diri,” memetik daripada Nazideham.

“Alhamdulillah. Jujur orangnya. Semoga beliau dan keluarga terus dimurahkan rezeki,” kata Roslee R.

“Alhamdulillah. Berita baik untuknya dan doa dipermudahkan kehidupan mereka sekeluarga,” kata AimanAirin 2.

BACA:

Maybank sah naikkan ‘interest rate’ pada 13 Mei ini, bersedia bayar pinjaman lebih tinggi

Budak umur 10 tahun dibaham Singa ketika cuti Aidilfitri

Lelaki ‘bocor’ rahsia, rupanya sewa Vellfire lagi berbaloi dari beli, siap tunjuk bukti