Pemuda kantoi intai cikgu umur 32 tahun dalam bilik air Kompleks Sukan Negara

Pemuda kantoi intai cikgu umur 31 tahun dalam bilik air Kompleks Sukan Negara

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang didakwa mengintai seorang guru wanita di tandas Kompleks Sukan Negara Shah Alam, Seksyen 21, pada 15 Ogos lepas.

Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 32 tahun itu pada hari kejadian.

Menurutnya, pada hari tersebut, guru terbabit membawa pelajar ke kompleks itu untuk latihan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan. Semasa wanita itu berada di dalam tandas, didapati seorang lelaki sedang mengintai dari ruang tandas sebelah.

Pemuda kantoi intai cikgu umur 31 tahun dalam bilik air Kompleks Sukan Negara

“Suspek kemudian melarikan diri sejurus mendengar jeritan pengadu (guru) dan pengadu menceritakan dia hanya sempat melihat paras kepala hingga mata suspek sahaja,” katanya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suspek masuk ke tandas wanita di kompleks sukan terbabit tular di media sosial.

Iqbal berkata, siasatan sedang dilakukan untuk mendapatkan rakaman CCTV di lain-lain lokasi berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes ini diminta menyalurkannya melalui talian 016-2745515.

Ucapan Ahli Parlimen Australia dalam bahasa melayu buat seluruh dewan terkejut

‘Ditendang’ dari Rembau, KJ bertanding di Tampin

Kini Rolls-Royce Sultan Brunei jadi kereta paling mahal dunia, kalahkan Ratu Elizabeth

Leave a Reply

Your email address will not be published.