Pemuda UMNO desak pecat pengkhianat, Hishamuddin termasuk dalam senarai?

Pemuda UMNO desak pecat pengkhianat, Hishamuddin termasuk dalam senarai?

Pemuda UMNO desak pecat pengkhianat, Hishamuddin termasuk dalam senarai? Pemuda UMNO mendesak supaya pemimpin yang melakukan khianat termasuk mencerca pucuk kepemimpinan supaya disingkirkan daripada parti.

Desakan itu disuarakan Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan pemimpin sedemikian ibarat ‘api dalam sekam’ dan ‘gunting dalam lipatan’ yang selama ini menjadi barah merosakkan parti.

Pemimpin sedemikian, katanya hanya mengutamakan diri sendiri walaupun diberi peluang berkali-kali untuk menjadi calon mewakili parti ketika pilihan raya.

“Pemuda UMNO mendesak saki-baki pengkhianat parti yang selama ini menjadi ‘api dalam sekam’, ‘gunting dalam lipatan’ dan mengutamakan diri sendiri supaya disingkirkan terus daripada menjadi ‘barah’ merosakkan seluruh organ dan jasad parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika sesi taklimat khas Presiden UMNO sempena Persidangan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) mendedahkan 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk daripada UMNO yang menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahmad Zahid dikatakan memperincikan kawasan diwakili Ahli Parlimen berkenaan tanpa menyebut nama mereka, dengan empat daripadanya dikatakan dari Johor.

“Hentikan kegilaan ini!”- KJ mengamuk dengan Zahid

Bung Mokhtar mengamuk selepas digugur dari kabinet Hajiji, PRN Sabah lagi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *